No posts.
No posts.














Rumah tradisional Johor

rumah traditional melayu johor juga dikenali sebagai rumah limas johor. nilai seni binanya sangat cantik dengan corak ukiran kerawang. dihasilkan tanpa menggunakan paku, hanya berdasarkan kepada tanggam semata-mata.
rumah limas traditional dibina berdasarkan pada cuaca iklim tropica di Tanah Melayu, nilai-nilai astetika yang terdapat dalam setiap binaan di pengaruhi senibina islam seperti corak flora dan geometri. selain itu, rumah limas juga banyak dipengarui element-element luar seperti dari british, belanda, dan juga unsur-unsur rumah indonesia.
Serarah Rumah Limas johor.




Rumah tradisional Melaka

Rumah Tradisional yang dibina dengan reka bentuk warisan masyarakat melayu berciri-ciri bumbung atap yang panjang dan tangga batu bersalut jubin.Tangga batu merupakan ciri-ciri utama disamping ukiran kayu di bahagian serambi yang unik.Halaman Rumah Tradisional ini biasanya dihias dengan pelbagai jenis bunga.

Rumah tradisional Ngeri Sembilan


Rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan sedikit sebanyak menyerupai bentuk rumah adat yang terdapat di Minangkabau. Bentuknya adalah memanjang dan bumbungnya sedikit melengkung di bahagian hujungnya. Muka tabir layarnya kelihatan tirus dan tinggi.
Komponen bangunannya terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Ruang ibu mempunyai ruang anjung dan serambi. Ruang tengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan bilik.

Terdapat rumah-rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan mengandungi ruang di bawah bumbung
yang dipanggil peran atau loteng. Ruang tersebut merupakan ruang tidur anak-anak gadis dan juga tempat simpan barang-barang.



Rumah tradisional
Rumah Tradisional Pahang


Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya. Pembahagian ruang rumah ini terdiri daripada rumah ibu dan dapur yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang. Ia juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang.Bagi ruang dapur ia mengandungi ruang pelantar yang digunakan untuk memasak dan membasuh.

Rumah Tradisional Terengganu


Di Negeri Terengganu terdapat beberapa bentuk rumah tradisional Melayu dan salah satunya dipanggil Rumah Limas Bungkus. Struktur rumah ini dikenali berdasarkan bumbung rumahnya yang terdiri dari pada sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran kerrawang kayu. Rumah jenis ini mempunyai beberapa bentuk daripada bentuk panjang dan bersegi empat tepat. Ruangnya pula terdiri daripada ruang anjung, beranda, rumah tengah dan dapur.Rumah Terengganu dibina daripada kayu cengal, meranti dan kapur. Manakala atapnya daripada atap tanah dan atap genting senggora.


Rumah tradisional Negeri Perak

Rumah tradisional Melayu yang terdapat di Negeri Perak dipanggil Rumah Kutai. Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang, di sudut tepi dindingnya dipasang tebar layar yang diperbuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu tempat menyimpan barang-barang. Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya. Rumah ibu pula terdiri dari ruang serambi, ruang tamu dan bilik. Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang dipisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap.Bahan-bahan binaan yang digunakan untuk membina rumah Kutai adalah seperti kayu dan buluh. Kayu digunakan untuk tiang dan rangka bumbung manakala dinding menggunakan pelupuh.

Rumah Panjang Kaum Runggus Di sabah

Suku kaum Rungus tinggal di rumah panjang yang disebut sebagai vinatang dalam bahasa Rungus. Vinatang ini adalah satu kebanggaan bagi suku kaum Rungus kerana ia menggambarkan ciri-ciri unik yang ada pada bangsa mereka. Rumah panjang ini, yang lazimnya sepanjang 300 kaki panjang, biasanya dibina atas bukit dan dinaikkan. Ruang bawah rumah panjang ini digunakan untuk memelihara binatang seperti ayam,babi, dan kerbau selain berfungsi sebagai tugu kepada serangan luar.